1. PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk menjelaskan satu perancangan yang dibuat hasil daripada mesyuarat agong kali ke 22 pada 25 Februari 2017 iaitu meluluskan satu usul/cadangan pembinaan masjid baru oleh anak qariah masjid jamek Sungai Kechil. Dalam mesyuarat tersebut anak qariah sebulat suara meluluskan cadangan pembinaan masjid yang baru.
Bangunan masjid yang sedia ada sekarang ini didapati telah tidak sesuai dengan keadaan masa dan perkembangan zaman yang terus berputar laju dan perubahan dengan pesatnya.
Pembesaran secara berperingkat-peringkat dan bersambung-sambung hingga serta tiada mempunyai kubah telah menghilangkan keindahan artistik dan keseimbangan bentuk asli sesebuah masjid.
Kedudukan kawasan yang lapang dan luas amat sesuai untuk dibina sebuah masjid yang baru .
2. SEJARAH/LATARBELAKANG MASJID SG.KECHIL
Penempatan awal penerokaan tanah di Sungai Kechil untuk menempatkan penduduk dianggarkan sekitar 150 tahun yang lampau.Menurut salah seorang penduduk yang lama tinggal di Sungai Kechil memaklumkan bahawa penempatan ini bermula sejak sekitar tahun 1880 an. Diceritakan bahawa pendatang awal ke sini dan meneroka tanah untuk penempatan adalah dari pendatang kedah,Pattani serta Jawa dan Sumatera Indonesia.
Mereka yang datang adalah dari kalangan beragama islam yang terdiri dari 10 keluarga yang berlainan negeri dan Negara.Memandangkan mereka beragama islam pembinaan masjid merupakan sejarah awal di tapak masjid yang sedia ada sehingga sekarang.Pembinaan masjid atau surau di Sungai Kechil ini adalah mengikut keadaan semasa pada waktu itu.
Mengikut sejarah mereka yang tinggal pada masa itu berada di Sungai Kechil selama 25 tahun dan balik ke negeri asal serta meninggalkan anak cucu di Sungai Kechil.
Keluasan tapak masjid dan tanah perkuburan adalah seluas 2 ekar.Keluasan tanah kubur yang diwakafkan seluas kawasan berpagar dan selebihnya adalah tapak masjid dan dataran kawasan berparkir.Masjid asal yang dibina telah diruntuh dan dibina baru sekitar tahun 50 an. Bentuk asal masjid yang dibina terdapat sehingga kini adalah ruang mimbar masjid dan tengah masjid, iaitu mengikut tiang asal kedudukan ditengah masjid.
Pada tahun 80 an kedudukan keluasan masjid ditambah dan dinding masjid yang asal telah diruntuhkan dan diperluaskan sehingga dinding yang ada sekarang iaitu sebelah kiri masjid.Dari tahun 80 an sehingga sekarang terdapat 5 kali pembaikan dan perluasan masjid dibuat secara berperingkat peringkat.
Pada tahun 2005 ruang masjid sebelah kiri dinding telah diperluaskan sehingga di luar pagar masjid dengan lantai tiles serta kolah. Ruang pejalan kaki berbumbung ke tandas dan tandas perempuan dibina baru.Pada tahun 2010 sehingga sekarang beberapa pembaikan kecil telah diubahsuai sehingga kini.
3. IMAM DAN PENGERUSI MASJID SUNGAI KECHIL
IMAM
Tuan Imam Haji Saad (1945 hingga 1946)
Tuan imam Haji Haron bin Mat Akib (1947 hingga 1950 an)
Tuan Imam Hj Tajuddin bin Haji Saad (1950 an hingga 1960)
Tuan Imam Awang bin Wahab (1961 hingga 1985)
Tuan Imam Mat Yatim bin Awang (1986 hingga tidak pasti)
Tuan Imam Abdul Halim bin Lebai Ibrahim (1987 hingga tidak pasti)
Tuan Imam Mat Isa bin Mat (1990 hingga tidak pasti)
Tuan Imam Hj.Mohd Noor bin Saod (1990 an hingga sekarang)
PENGERUSI
Tok Awang bin Mat Akib – Nazir masjid
Tuan Hj Osman bin Haji Ali – Nazir masjid
Tuan Penghulu Abdul Hamid bin Abdul Rauf JP –Nazir masjid
Haji Abdullah bin Din (1960 an – 1969) Nazir masjid
PENGERUSI QARIAH MASJID
Tuan Haji Abdul Aziz bin Mat Noor (1970 – 1979)
Tuan Haji Mohamad Desa bin Udoh (1980 – 1989)
En. Hassan bin Abdul Wahab (1990 – 2002)
Tuan Hj.Edaharuddin bin Hj.Jaafar (2003 hingga 2012)
Tuan Hj.Aris bin Md.Noor (2013 hingga 2015)
Tn.Haji Mohd Shahid bin Abdul Jalal (2016 hingga 2023)
Tn. Haji Amir Bin Man (2023 hingga 2025)
4. RUJUKAN
3.I Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) tahun 2004 (seksyen 96 – seksyen 104).
3.2 Kaedah-kaedah Jawatankuasa qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) tahun 1997 dan pindaan tahun2003.
5. JUSTIFIKASI
5.1 Penduduk kampong Sg. Kechil yang semakin bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 3000 penduduk yang meliputi anak qariah Kg.Sungai Kechil,Kg.Simpa,Kg.Teluk dan penambahan taman-taman seperti Taman Sungai Kechil dan Taman Pancur Indah. Bangunan masjid yang sedia ada ini kecil dan uzur kerana usianya telah melebihi 60 tahun. Bentuk fizikal masjid ini yang seakan-akan sebuah dewan orang ramai kerana tidak mempunyai kubah telah menjadi kekeliruan orang ramai terutamanya orang luar .
5.2. Ahli Jawatankuasa masjid telah berusaha sedaya upaya memperbesarkanya dengan menambah ruang sembahyang serta mencantikkan bagi menampung Jemaah yang semakin meningkat. Oleh kerana pembinaan secara berperingkat-peringkat menyebabkan susun atur tempat sembahyang yang tidak sekata diantara Jemaah terutamanya sembahyang Jumaat dan sembahyang hari raya Aidilfitri dan Aidiladha .
5.3. Tambahan pula bangunan asal masjid ini kecil dan uzur ditambah pula sistem pendawaian elektrik yang agak lama dan tidak selamat . Sering kali bekalan elektrik terputus akibat ‘trip’ kerana tidak dapat menampung voltan yang tinggi ditambah pula tambahan penggunaan alat penghawa dingin melebihi 10 unit dan sistem alat pendingin (blower) 4 unit . Pihak Jawatankuasa terpaksa menyediakan alat penghawa dingin ini untuk memberi keselesaan kepada Jemaah kerana kepanasan.
5.4. Seringkali berlaku perlimpahan Jemaah terutamanya semasa sembahyang jumaat,Sembahyang hari raya Aidilfitri dan sembahyang hari raya Aidiladha.
5.5. Sumbangan pewakaf-pewakaf akan diambil kira dan tidak akan diabaikan terutamanya pewakaf alat hawa dingin,karpet serta lain-lain barangan.
6. BENTUK CADANGAN
Dengan justifikasi di atas, Ahli Jawatankuasa Masjid telah mewujudkan satu Jawatankuasa Pembinaan Masjid baru untuk merealisasikan pembinaanya. Masjid yang dicadangkan ini dibina diatas tapak masjid yang sedia ada untuk memberi keselesaan kepada Jemaah dengan megekalkan tapak letak kenderaan yang sedia ada.
Masjid yang dicadangkan ini mempunyai 2 aras utama agar segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih terancang. Susun atur bangunan mengikut aras seperti berikut:
DI ARAS BAWAH
Dilengkapi dengan pejabat,bilik mesyuarat,ruang kelas pendidikan(cth kursus haji,kelas dhuha,kurus mandi jenazah), bilik pengurusan jenazah ,stor penyimpanan barang-barang dan dewan makan.
DI ARAS UTAMA
Dewan sembahyang yang lengkap dengan bilik imam,bilal,bilik P.A Sistem,koridor,tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta tandas lelaki dan wanita dan dewan sembahyang yang dapat menampung Jemaah seramai 1500 orang dalam satu satu masa. Serta dilengkapi alat penghawa dingin dan pa sistem yang teratur. Dewan sembahyang yang luas dan berbumbung tinggi, serta mempunyai kubah yang dibina dapat memastikan peredaran udara yang lebih baik dan juga Kawasan berpagar( berbatu).
7. PERUNTUKAN
Masjid jamek Kg.Sungai Kechil ini dianggarkan menelan belanja RM 3juta hingga 4 juta. Pihak Jawatankuasa akan memohon peruntukan melalui Unit Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga akan melancarkan kutipan dana dari anak-anak qariah dan juga orang ramai sekiranya permohonan ini mendapat kelulusan dari pihak yang berwajib.
8. PENUTUP
Jawatankuasa masjid telah bersetuju untuk melantik AJK Pembangunan dari kalangan pihak Jawatankuasa Masjid di dalam sebarang rundingan dan perancangan dengan pihak berwajib bermula dari cadangan,proses permohonan sehinggalah selesai pembinaan tersebut. Nama-nama Jawatankuasa yang dilantik adalah seperti berikut :-
E. SEBAB-SEBAB PERMOHON
a) Pembinaan masjid baru amat diperlukan kerana:-
1. Penduduk kampong Sungai Kechil telah semakin bertambah mencecah 3000 penduduk yang meliputi kariah Kg.Sg.Kechil,Kg.Simpa,Kg.Teluk , penambahan taman-taman perumahan iaitu Taman Pancur Indah , Taman Sungai Kechil dan juga pekerja-pekerja industri disekitar Kg.Sungai Kechil terutamanya hari jumaat.
2. Bangunan masjid yang sedia ada ini kecil dan uzur kerana usianya telah melebihi 60 tahun. Bentuk fizikalnya yang seakan-akan sebuah dewan sebuah dewan orang ramai kerana tidak mempunyai kubah telah menjadi kekeliruan orang ramai terutamanya orang luar.
3. Pembinaan secara berperingkat-peringkat menyebabkan susun atur tempat sembahyang yang tidak sekata diantara Jemaah terutamanya sembahyang jumaat dan sembahyang hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.
4. Sistem pendawaian elektrik yang agak lama dan tidak selamat.Sering kali bekalan elektrik terputus akibat ‘TRIP’ kerana tidak dapat menampung voltan yang tinggi ditambah pula tambahan penggunaan alat penghawa dingin melebihi 10 unit dan sistem pendingin (blower) 4 unit.
5. Sering berlaku perlimpahan Jemaah terutamanya semasa sembahyang hari raya Aidilfitri dan Aidiladha apabila pulangnya perantauan sehingga ke kaki lima tempat mengambil wudhuk.
Pembinaan masjid baru ini perlu dibangunkan di tapak baru bukan di tapak sedia ada kerana
F. MAKLUMAT LOKASI DAN PERUNTUKAN
1. Pemilik dan status tanah lokasi pembinaan masjid yang dicadangkan
Pemilik : Masjid Qariah Sungai Kechil
Status tanah : tanah wakaf (hakmilik tetap)
2.Maklumat geran tanah : No.Hakmilik : GM 209
Negeri : Pulau Pinang , Daerah : S.P.S, Mukim : 08
Jenis Hakmilik : Geran Mukim , No.Lot : Lot 5
SEJARAH MAKLUMAT TENDER MASJID BAHARU